Saturday, December 31, 2011

cara ermuhsabah diri

Kita manusia biasa, tiada keistimewaan kecuali dimartabatkan sebagai golongan yang paling istimewa di sisi nabi kesayangan kita yakni Nabi Muhammad SAW selepas wafatnya.
Beruntungkan kita? Tapi bagaimana caranya untuk kita mengelak dari berlaku perkara yang merugikan dan punyai hati yang tidak sihat?



MUHASABAH DIRI : macam MEDICAL CHECK UP

Muhasabah diri, adalah rawatan yang paling mudah untuk diri kita sendiri menerima sesuatu keadaan sewajarnya. Ia dapat memusatkan seluruh anggota badan kita dari luar dan dalam supaya melihat kembali keadaan diri dan juga keadaan sekeliling kita.


Demi masa. Sesungguhnya manusia didalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan orang yang beramal soleh, saling mengajak kepada kebenaran dan menasihati dengan kesabaran – Surah Al-Asr.
Jelas bukan? Betapa ruginya jika kita tidak beriman dan beramal kepada Allah. Jadi kekerapan kita bermuhasabah diri menjadi landasan untuk kita terus mengingati Allah.


Tapi, apakah cara yang paling mudah untuk memuhasabah diri?


Untuk itu sebaiknya kita tahu bagaimana kita mahu muhasabah diri. Mulakannya dengan cara yang lebih mudah supaya sedikit demi sedikit diri kita lebih menyayangi Allah, Nabi Muhammad SAW, kitab al-quran dan agama kita.

1. Ingat Allah
Perkara pertama yang kita wajib buat sebagai orang islam selepas mengangkat tauhid kita dalam ucapan syahadah dalam rukun islam dan yang pertama dalam ketertiban rukun iman.

Perbanyakkan zikir sama ada zikir lisan mahu pun zikir hati – tasbih, tahmid, tahlil dan takbir. Lakukannya dalam melakukan apa sekali pun. Boleh lakukan ketika bersembang, boleh lakukan ketika mandi dan juga boleh lakukan ketika masak daging kebab.

2. Solat
Sesiapa sahaja yang mengaku umat islam boleh melakukan solat tetapi adakah solat kita dapat menghalang kejadian keji dan mungkar?

Sabda Rasulullah SAW bermaksud; "Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya, sesungguhnya ia menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan agamanya"

Renungkan sabda tersebut dan bandingkan apa yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini. Bukankah apa yang berlaku pada masa ini ada sangkut paut dengan apa yang kita lakukan setiap hari? Tepuk dada tanya iman.
Dan dirikanlah solat untuk menyebut dan mengingati-Ku – Thoha: 14.
Solat juga merupakan titik tolak atau penanda aras sama ada kita mengingati Allah atau tidak. Solat 5 waktu adalah wajib jika kita melakukan banyak solat sunat, maka kita semakin mengingati Allah. InsyaAllah, kita semakin dekat dengan Allah sehingga apabila ada yang menyebut perkataan Allah atau mendengarnya sudah meremang satu badan!


3. Selawat
Sesiapa yang rajin berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, dia dianggap kekasih kepada kekasih Allah.
Menurut petua mencuci hati dari Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah, "selawatlah ke atas nabi sekurang-kurangnya 100 kali sebelum tidur. Ia merupakan pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki dan orang akan sayangkan kita.:



p/s :

1. Sekadar tip mudah yang diambil daripada rujukan pembacaan buku dan dari pengalaman diri ketika mengamalkannya. Bergantung kepada setiap hati masing-masing.

2. Tarikat Allah ada banyak, jika dapat salah satu jalannya sudah cukup untuk memahami antara pro dan kontra ilmu ketuhanan. Tapi dalam masa yang sama jangan menidakkan ilmu-ilmu sedia ada selagi ia tidak lari dari landasannya yakni dari rujukan al-quran dan sunnah nabi.

3. Amalkan ilmu tersebut supaya mendapat hidayah seterusnya yang lebih seronok untuk kita jelajahi.Semakin kita ingat Allah, semakin banyak rahsia Allah yang kita ketahui. InsyaAllah, bersama kita kongsikan ilmu-ilmu berguna untuk kita amalkan demi kebaikan menuju ke jalan Allah pada masa akan datang.

Bagaimana cara kamu bermuhasabah diri? :)

0 comments:

blogger templates | Make Money Online