Saturday, December 26, 2009

Cerita malam jumaat

Salah sebuah katil di bilik ICU sebuah hospital ternama kerap berlaku kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti meninggal pada setiap hari Jumaat.
Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut.
Kesemua doktor memegang surah Yasin sebagai persiapan menghalau makhluk halus.
Masa berputar...pukul 8.00 pagi! 8.30..9.00 tiba-tiba..pintu bilik ICU terbuka. Doktor membongkokkan diri masing-masing di bawah katil. Tiba-tiba muncul Mak cik Bedah, pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.
Wanita tua itu mendekati katil keramat tersebut...dan terus mencabut soket elektrik yang membekalkan tenaga kepada alat pernafasan bantuan. Dia kemudian memasukkan soket baru untuk menghidupkan vacuum cleanernya.

Sunday, November 29, 2009

Tali gantung meragut nyawa

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakankulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akandiuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan iadiklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.
‘Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak bolehpoie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita adaempat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,’ jelasSamuel.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yangberfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantungdikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadisehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel merekadan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yangbertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehinggahabis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, MahkamahPersekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kadpengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
‘Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduanberagama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini padahari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunyalebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,’ kata Samuel.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa denganpengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukumangantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
‘Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluardengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokanharinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),’ kataSamuel.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganyayang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggudi luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’
Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaanterakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilaiRM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukumangantung ‘poie dengan rela’ setelah menunggu begitu lamo untukhukuman dilaksanakan.
‘Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengantenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadiagresif sehingga ke saat-saat terakhir.
‘ Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib merekalebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bilakita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yangsalam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah taktahan lagi menunggu,’ katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, merekaakan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’ antara kata-kata terakhir seorangbanduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya padahari hukuman.
‘ Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluarsembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakaikasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata denganjenaka,’ cerita Samuel.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasukpengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada harihukuman akan dilaksanakan
.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akansecara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyiansuasana penjara.
Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluardari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyaratkepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranyamembuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematianberlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduanakan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.
‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.
‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini danl etakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel.
Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.
‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadipenagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskanbahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah

Tinta Kehidupan

Jalan pernah takut ku tinggalkan

Saat bintang tak mampu lagi berdendang

Saat malam menjadi terlalu dingin

Hingga pagi tak seindah biasanya


Takkan mungkin kita bertahan

Hidup dalam bersendirian

Panas terit hujan badai

Kita lalui bersama

Saat hilang arah tujuan

Kau tahu ke mana berjalan

Meski terang meski gelap

Kita lalui bersama

Ku tak bisa menrubah yang telah terjadi

Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik

Agar kita tak pernah menjadi jadi

Meski beza dermaga untuk kita berlabuh

Pernah kita jatuh

Mencuba berdiri

Menahan saki dan menangis

Tapi erti hidup lebih dari itu

Dan kita mencuba melawan

Petua Warga Emas

Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas

Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.
Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari barulah pembalut itu dibuka.
Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut.

Menajamkan Penglihatan

Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau.
Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.
Bercelak ketika hendak tidur.
Kerap duduk mengadap kiblat.
Makan lobak putih selalu.

Petua Mengelakkan Barah

Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.


Friday, November 27, 2009

Cerita Menarik

Tersebut al-kisah 2 insan bercinta... yang lelaki tu nama Razak, yang pompuan tu nama Fatimah. Razak ni panggil Fatimah ni sebagai 'imah' je (nak kasi nampak manje le tuh). Imah ni lak panggil razak ni 'abang' je cos diorang ni dah close, lagi pun razak ni lagi tua drpd imah 4 tahun. Entah macam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka masa 3 tahun. Razak tu kena gi UK . lama gak tuh... Imah ni kesepian le kat malaysia.
www.familiazam.com
Bila dah pisah lama jugak.. kendian Imah boring dok umah sorang ...Ada lak mamat yg bernama Kamarul dtg jumpa Imah. mula2 Imah dgn Kamarul ni kawan je, Kamarul ajak gi shopping, gi makan satay kajang, gi bowling. Entah macam mana, hati Imah ni dah terpaut lak kat Kamarul nih... maka hilang la bayang2 Razak drpd hati Imah..

Setelah genap 3 tahun.. Razak pun pulang ke Malaysia. Beria2 le mamat nih nak jumpa Imah. belum sempat nak call Imah, Razak ternampak Imah dgn kamarul tengah date kat tengah2 town. maka berderai le jiwa raga Razak.. sedih je mamat tuh... tak lalu makan. at the same time.. Imah dok jalan2... sembang le dgn kawan2 dia.. ntah camna dia dpt tahu Kamarul tu laki org. Imah pun frust..cuba nak kembali kepada Razak. Masa tu dia lom tau lagi Razak ni dah balik Malaysia.
www.familiazam.com
Razak pun memberanikan diri dia... jumpa Imah. dia gi le rumah Imah. muka Razak masam je.. Imah tanya le apasal masam. Razak cakap.."susah lah.. aku dah tau apa yang ko buat masa sepeninggalanku" Imah terperanjat... "err bila masa lak nih.. aku setia apa..." kata Imah razak berkata... tersedu2.. " Aku sudah tau perhubunganmu dgn dgn Kamarul ..." Imah terdiam... "tamat lah hubungan kita disini sahaja ..." tambah Razak. Razak amik gitar kapuk yg dibeli drpd UK tu...seraya berkata " dengarlah lagu ini..., khas untuk mu..." Razak start nyanyi sambil menatap wajah sedih Imah yg sedang menangis...

I can tell by your eyes
That you've probably been crying forever
And the stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart
www.familiazam.com
Imah terdiam... masih menangis....Razak sambung...

If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night's fears
The stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
www.familiazam.com
I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

"Suara Razak terus mendayu2....

"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"
www.familiazam.com
Razak ulangi phrase yg sama....Imah terdiam...walaupun air mata masih mengalir...

"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!"

Setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh Razak untuk imah itu... tiba2 mulut Imah berkata ... " abang, Imah nak beritahu abang sesuatu" "katakan lah duhai Imah" jawap Razak dengan suara perlahan... " err... err..." kata Imah dlm keadaan bersalah..."katakan lah .. katakan lah Imah.. abang sanggup terima..." tambah Razak...perlahan2.. Imah berkata:
www.familiazam.com
"Abang..."
"Sebenarnya... Imah tak paham bahasa Inggeris..."

Hadiah Terbaik


Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan

Monday, November 23, 2009

KATA-KATA HIKMAH

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

blogger templates | Make Money Online